Saturday, 17 December 2011

Oh yeah !



Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam satu malaysia !


Actually blog ni memang direka khas untuk menceritakan pengalaman pahit manis suka suki kehidupan aku di PLKN. Aku rasa teringin sangat nak berkongsi pengalaman aku dekat sana selama 2bulan setengah. Banyak cabaran yang aku tempuh selama berada di sana ada yang best, ada yang tak best dan macam macam lagilah. Jadi kanak kanak, bacalah dari awal sampai akhir , tak lama sekejap je.

TAWARAN HEBAT !
Maka pada bulan ogos 2011 keputusan dari JPN pun keluar. Kawan kawan aku semua sibuk nak check keputusan diorg sama ada diorg dapat ke tak program ni. Aku pun check lah guna henset nak tengok dapat ke tak, tak lama lepas tu tiba tiba dapat lah jawapan dari JPN , 'Tahniah anda terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara Siri8 tahun 2011'. Amboi ! perasaan time tu memang terus down gila, takde semangat langsung sebab aku memang tak minat langsung nak join program ni. Kawan kawan aku ramai yang tak dapat program ni, yang dapat pun boleh dikira guna jari. haha. Aku mulalah resah tak duduk diam. Kawan kawan aku semua mula takutkan aku, diorg cakap 'habislah hareez kat sane kau kena botak' 'habislah hareez kat sana kau kena bogel ,kena buli, kena bantai'. Aku pun dah mula risau dah time tu. haha. Yela selama ni aku mana pernah kena buli , botak semua ni. Sekali tu kena pulak ikut PLKN ni lagilah amboi !

Then setahun kemudian aku dapat surat dari abang posmen, abang posmen tu mintak sign sekali, haha. aku pun bukak lah surat tu, Mak aih ! menyirap darah aku, aku dapat tau aku dapat kumpulan 3. Uinaaa, lagilah aku risau, orang cakap kumpulan 3 ni budak budak dia nakal, gangster, ganas ganas. Lagi lah aku buat aku cuak. Tapi takpe, atas semangat family, kawan kawan aku pun pergi jugak. Yelah kalau tak pergi nanti kena denda, masuk penjara.

SESI PENDAFTARAN
Aku pun mula lah mendaftar di stadium jugra banting, memang ramai orang yang mendaftar time tu. Sebelum tu aku nak cakap aku dapat dekat KEM MILLENIUM KG KUALA PAJAM 43700 BERANANG SELANGOR *overr alamat penuh. Aku mulalah cari kawan kawan time tu, tapi sayangnya semuanya aku tak kenal walaupun semua orang banting, memang semua muka yang aku jarang jarang nampak. Tengah tengah mendaftar tiba tiba kawan baik aku si Rashid Moshi dengan izumi  datang, lagilah aku terharu,  ada jugak kawan yang nak hantar aku, haha. Pastu jurulatih jurulatih yang bertugas suruhlah aku naik bas yang tertulis 'KEM MILLENIUM' maka aku pun naiklah, sebelum tu aku kena letak barang dulu, mak aih memang banyak gila barang yang aku bawak nokk. Tshirt 10 helai, sweater, stokin, kasut, seluar track, seluar jeans, spendar, topi, biskut, maggi, keropok, baldi, syampu, gambar family, gambar kawan2, poster banyak lah lagi, ada jugak bende tak penting yang aku bawak tapi taknak bgthu. haha. Sebelum nak bertolak tu aku dapatlah duit raya RM10, sampai sekarang aku simpan, sayang nak guna, kenangan. haha .Then mula lah perjalanan aku ke sana, paling terharu sekali bila aku nampak mak aku menangis, si rashd dgn izu pun ikut nangis. uwaaaa. sedihnyaa ! Dalam bas tu aku asyik terfikir je macam mane nasib aku dekat sane, best ke tak best, malang ke tak malang. Tengah sedap sedap merenung nasib tiba tiba dah sampai pulak, alahai sekejapnya. aku ingat jauh rupanya tak sampai 1 jam pun aku rasa. Inilah dia kem aku dari depan.



Sampai je sana, jurulatih yang bertugas suruh kiteorang berkumpul dekat satu bilik khas sebab nak membahagikan dorm, periksa berat, ketinggian dan pemeriksaan barang. Time pemeriksaan barang tu memang amboi, habis beg aku kena selongkar,  makanan, baju baju semua terkeluar. haha. Geram gila bila belt dengan maggi aku kena rampas. sedihnyaa, tak tau pulak maggi tak boleh bawak. Tapi takpe nasib baik maggi je yg kena ambik, kalau makanan lain kena ambik menangis aku. haha. Habis semua sesi tu, aku pun pergilah mencari cari dorm aku. Ini lah dorm aku !




DormC untuk comel, sampai je dalam dorm aku mulalah mencari katil yang catik dan bersih. Tapi paling penting aku kena cari katil yang kuat, kukuh dan tak berkarat. Yelah badan aku besar takut tiba tiba tidur katil patah, besi terbengkok ke, overr. Cari punya cari dapat lah katil, memang strategik sebab bawah kipas lagi. bestnyaaa. Aku pun cuba menyesuaikan diri dalam dorm tu. Bentang cadar katil, kemas locker baju baju semua. yang penting makanan aku kena selamatkan dulu !Then selang beberapa jam kemudian dorm aku pun mulalah ramai orang, ade yang dari sabah ,sarawak dan selangor. Kaum cina melayu bajau dusun semua ada dalam dorm aku. jumlah keseluruhan dalam dorm aku ada 27 orang, ramai kan? nasib baik katil sorang satu kalau tak memang aku nangis, haha. Aku pun berkenalan lah dengan mereka semua. bersalam salaman, tanya asal usul diorang macam macam lagilah. Hari pun dah malam, tiba masanya kami semua tidur!aku nak tunjukkan macam ni lah gaya kawan kawan dalam dorm aku tidur , seksi kan? haha.







Dalam PLKN ni waktu bangun bagi yang muslim pukul 5 pagi dan yang non muslim 5.30 pagi, uwaaaa seksanya aku kena bangun pagi pagi macam tu, memang susah gila. Tidur pulak tak tentu kadang kadang pukul 11, pukul 10, pukul 9.30 kita kena ikutlah mood cikgu yang bertugas. haha overr.



Selang beberapa hari, adalah acara sesi perkenalan diri, uinaa time tu memang aku nervous gila sebab nak kena perkenalkan diri dekat ramai budak. Cikgu panggil secara randomly siapa yang kena nasiblah. Then tiba tiba aku kena dipanggil ke depan, aku mulalah berepeluh menggeletar tangan kaki semua. Aku pun perkenalkan diri aku nama tempat tinggal hobi cita cita semua benda aku nak cerita, haha. Dah habis sesi perkenalan tu, esoknya semua pelatih kena berkumpul sebab ada aktiviti 'shopping tapi tak payah bayar', Masa ni lah aku dapat baju , kemeja, seluar , kasut, belt, inner, stoking, cap macam macam lagilah aku dapat semuanya free in charge. ini contoh barang barang dia

                                                                  BAJU SUKAN
                                                                     BAJU KELAS
                                                                     
Sebenarnya ada banyak lagi benda tapi cukuplah aku tunjuk ni je. hehe. Baju baju yang diberi ni semua memang wajib kena pakai dalam kem, tak boleh pakai baju yang kita bawak sendiri. boleh pun weekend je, uwaaaa menyesal aku bawak baju banyak-2 . Ni aku nak cerita,  Sebelum aku dapat baju2 ni semua, aku memang suka bergaya sakan time dalam kem, haha. Gaya aku macam orang nak pergi shopping padahal dalam kem je, haha. tapi tu sementara je, baju baju yang cikgu bagi ni jugak wajib aku pakai. uwaaaaaa :'(

Lepas habis aktiviti 'shopping tak payah bayar' , ada sesi pembotakkan rambut. haha, seronoknya.Tapi aku untung banyak sebab sebelum pergi tu aku mmg dah botakkan rambut dulu, hehe. Tapi tengah best best megejek orang yang tengah kena botak, cikgu cakap dekat aku 'rambut awak tak cukup botak, awak kena botak sekali lagi'. uwaaaaaa sedihnyaa, menyesal aku botak dari rumah !

Bila semua dah settle, tiba masanya untuk kteorang menunjukkan sikap kerjasam kiteorang, fuhh time ni kteorang ditugaskan untuk membuat bendera kumpulan masing masing. Kumpulan just ada 2 je Alpha(Rentap) dan Bravo(Dato Bahaman), aku kumpulan Bravo. Go Bravo Go ! Tapi Kalau korang nak tau kumpulan Bravo ni kalau nak diceritakn memang terlalu lalu lalu lalu banyak sangat masalah, tapi aku taknak cerita kat sini sebab aku dah lupekan dan aku anggap benda tu semua semangat dalam diri aku, haha overr. Beberapa hari kemduian siaplah bendera kumpulan Alpha dan Bravo, tadaa ini dia



mana satukah bendera paling cantik? cept pilih cepat !


MAKAN DAN MINUMAN DI DALAM KEM


Sebelum aku masuk dalam PLKN ni , aku dah dapat bayangkan mesti makanan dia tak sedap, mesti hari2 makanan yang sama je. Itu semua memang betul, dalam PLKN ni korang jarang jumpa makanan yang sedap, walaupun makan sehari enam kali ( sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam, supper) tapi makanan dia memang kurang sedap, hari2 benda yang sama. contoh makanan di kem



Masa mula mula masuk kem dulu aku selalu jugaklah complaint pasal makanan dalam kem. Lauk tawarlah, kurang garamlah, air manis sangat, ikan keras gila macam kayu, nasi tak masak, lauk basi. Memang aku selalu complaint. Tapi bila dah lama lama baru aku tersedar, sebenarnya kita kena dan wajib bersyukur walaupun diberi makanan macam tu, kita kena terima seadanya sebab ramai lagi orang kat luar sana yang mati kebuluran, kekurangan zat makanan. Jadi kawan kawan bersyukurlah dengan nikmat tuhan, terimalah rezeki seadanya, jangan terlalu banyak mengkritik, hee :)


KAWAN KAWAN DALAM KEM 


Part ni memang paling seronok aku nak cerita, dekat PLKN ni lah aku jumpa macam macam jenis budak. Ada yang ganas, ada yang lemah lembut, ada yang banyak mulut, ada yang hyperaktif, ada yang terlampau semangat, ada yang suka buat lawak, ada yang over,ada yang gemuk,kurus,gelap,putih,bulu hidung terkeluar, ada yang suka cakap sendiri, tersengih sendiri macam macam lagilah yang aku jumpa.

Aku pun mula berkenal kenalan dengan diorang semua. Best dapat berkenalan dengan ramai budak and then macam macam kaum yang ada dekat sini kaum melayu, cina, india, iban, bidayuh, bajau, kadazan, dusun, kebun, hutan,*haha overrr. Memang seronok dapat kawan macam macam kaum kat sini.

Mula mula aku memang tak serasi nak kawan dengan diorang semua tapi bila dah mula mula tunjuk perangai masing masing aku rasa seronok gila berkawan dengan diorang semua. Aku tak ada besfren dekat sini sebab aku anggap semua kawan baik aku. Diorang memang best gilaa kentang ! ini dia kawan kawan aku di kem !

Caution: Dont try this at home

Smilee bebeh :)


I love you all girls <3

 Oh yeah ><
 Peace bebeh !

I love you all boys :)

ahhak ahhak , haha :P

Ini geng paling overr, semua gila gila punye. I love you all bitch <3 !



Hot guys in PLKN O.O

Semua comel berbaju kurung <3

Sabah and Sarawak chicks  xD

Aww seksinyaa O.O

I love you all guys <3 <3

 Semuanya comel comel bha ni :)

Kami 1Malaysia !

Kesian diorang penat, haha

Kami 1 Malaysia !

Amboi ini geng paling susah nak dikawal dekat dalam kem. haha

Ini Yasnyla, my sweet heart. dia tengah makan kueh teow. hehe. Dia asal dari Kg Mengidam Sualok Beluran Sabah *overr alamat penuh. Comel kan? jangan kacau dia, haha

Sebenarnya ramai lagi kawan kawan aku yang aku tak tunjuk, sebab terlalu ramai sangat. haha. Sorry kawan kawan aku sayang korang semua, haha overr. Diorang semua memang best gila ! I Love you all so much bebeh!  bagaimana jua kalau cintah? :P



PEMILIHAN KETUA KETUA 

Time aku tengah seronok berborak sakan dengan kawan kawan aku dekat dewan makan, tiba tiba nama aku dan beberapa orang lagi kawan aku kena panggil. Aku pun pelik kenapa tiba tiba namaaku kena panggil, then cikgu cakap nama nama yang kena panggil ni sebenarnya bakal bakal atau calon calon ketua di dalam kem. Aku pun terkejut nyaaahh sebab nama aku bakal terpilih jadi ketua, aku pun tak pasti kenapa nama aku dipilih, haha overr. Aku pun ikut je apa yang cikgu suruh buat dengan hati yang tak rela sebenarnya :(

First cikgu suruh bakal bakal ketua ni berkawad dekat tengah tengah panas terikk, uinaaaaa seksanya time tu. Nasib baik aku dah ada basic berkawad jadi kira okeylah. Pastu cikgu suruh pulak sorang sorang bagi command, amboi lagilah aku seram. Seumur hidup tak pernah bagi command, tiba tiba kena bagi pulak. Aku pun bagilah command ikut suka hati aku nak bagi macam mana, memang banyak salah, budak budak yang lain pun boleh tahan jugak, sama je tak reti macam aku. haha. Malamnya pulak, cikgu panggil bakal bakal ketua ni dalam bilik khas dekat dewan makan untuk di intervieww, lagilah aku cuak sebab aku tak prepare apa-apa lagi. Dekat dalam bilik tu kan memang banyak sangat soalan yang cikgu tanya, samapi penat aku nak jawab, haha.

Keesokan harinya, cikgu pun mengumumkan nama nama yang bakal menjadi ketua. Mula mula cikgu umumkan ketua dorm  dulu, fuhh lega nama aku takde, then nama ketua company, lagi legaa sebab nama aku  takde, tiba tiba cikgu umumkan nama ketua keseluruhan MUHAMMAD HAREEZ BIN BAHAROM. amboiiiii!! ewahhh! mak aihhh ! terkejut aku nyahh, menggigil badan aku, tak sangka nama aku naik. Time tu  otak aku dah blank, speechless, badan terkujur kaku. overr

Jadi ketua ni tanggungjawab memang terlalu lalu besar. aku kena kawal budak budak, kena pastikan budak sentiasa cukup takde yang hilang, kena pastikan berapa orang yang sakit, kena tegur budak budak kalau diorg buat salah, kena jadi ketua perbarisan macam macam lagilah.  Aku pun cerita dekat parents dengan kawan kawan aku. Diorang semua gelakkan aku sebab diorang tak percaya aku jadi ketua dekat kem, yelah selama aku hidup ni aku punya perangai memang lain dan pelik sikit haha,family dengan kawan kawan aku pun faham aku macam mana , haha. overr

Banyak dugaan bila jadi ketua ni, aku memang tak tahan gila nak layan kerenah budak budak, ada satu part ni aku jumpa cikgu aku merayu rayu 'cikgu ambiklah pangkat saya ni, saya tak layak jadi ketua cikgu, tolonglah cikgu, tolonglah saya', tapi cikgu tak pernah layan, lagi kena marah adelah, hahaha. Bila dah stress mulalah aku menangis senyap senyap dalam toilet, hantuk-2 kepala dalam toilet, fuhh memang banyak masalah. Kalau aku marah budak budak, mesti aku kena marah balik. hahaha tapi aku tak kisah aku sedar aku macam mana, haha. Walaupun aku ketua tapi perangai aku mengalahkan budak budak, selalu kacau orang , kalau borak suka kuat kuat. haha, banyak kali jugaklah kena marah dengan cikgu. hehe, itu sebab aku rasa aku tak boleh nak jadi ketua sebab aku pun 2 kali 5.

Paling aku tak sangka, sejak aku hidup 18 tahun ni, aku tak pernah jadi bilal, aku tak pernah jadi imam solat, aku tak pernah jadi ketua bacaan yassin, tapi dalam PLKN ni lah aku banyak kali buat benda benda ni semua, memang tak sangka gila.  Aku rasa bersyukur sangat dapat buat benda ni. Alhamdulillah ya Allah !



AKTIVITI AKTIVITI DI PLKN

Ini part paling best yang aku nak cerita, aku nak bagitau awal awal siapa yang tak dapat PLKN ni memang rugi besar, banyak benda yang korang tak pernah buat tapi korang buat dalam kem ni.

PERHIMPUNAN PAGI

Aktiviti ni memang kitaorang lakukan setiap hari isnin sampai jumaat pukul 6.15 pagi dekat padang kawad. Sampai je padang kawad ketua kena melapor then kena nyanyi lagu negaraku, lagu khidamt negara, bacaan ikrar, bacaan doa. Lepas habis semua tu mulalah exercise pagi. Time ni mulalah budak budak nak sakit. demamlah ,sakit kaki, sakit perut, macam macam lagi penyakit tiba tiba datang. haha. Antara exercise pagi yang hari kena buat lari lari anak, PT10, pumping, lari satu kampung macam macam lagilah, tapi paling best hari jumaat sebab kita kena aerobik, uinaaa best nokk aerobik. aku memang suka aerobik aerobik ni, lagi lagi ada lagu kan, lagilah semangat 1 2 3 4 GO !  overr ! haha

RIADAH PETANG

Setiap petang budak budak diwajibkan melakukan riadah petang contohnya takraw, bola tampar, bola jaring, futsal, congkak corum dan lain lain. Sepanjang dalam kem aku jarang main main bola tampar, takraw semua tu sebab aku memang tak reti bersukan, haha. Aku tengok je diorang main, nak jugak cuba main takraw tapi takut tergolek sebab badan berat kan. Last lastnya kalau takde pilihan aku mainlah congkak, dam, corum haha semuanya tak perlukan tenaga, overr

KOIR ANAK SATU MALAYSIA :

Antara aktiviti yang menyeronokkan adalah KOIR untuk program KAMI ANAK SATU MALAYSIA ! haha memang best aktiviti ni, kiteorang kena menari nari, aww aww, tu yang aku suka tu. memang best haha. Kterong berlatih selama lebih kurang sebulan dekat Kem Setia Ikhlas Semenyih, tapi budak budak cina cakap semenyih, SEMONGEH. haha overr. Memang setiap minggu lah kena pergi kem tu berlatih menaari ewahh ewahh. Ade yang cakap PLKN (Pasti Lembut Kau Nanti) sebab tiap minggu menari kan? haha.

Tibalah masanya, pada 14 Oktober 2011 kteorng pun buat persembahan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di hadapan perdana Menteri Malaysia nokk ! haha




dapat pegang porm porm, part ni lah paling aku suka, oh yeah !






FLYING FOX AND REPAILING :


Amboi! bila aku dapat je tahu aktiviti ni uinaa, memang kecut habis sebab aku memang gayat gila, even naik tangga pun aku dah takut, ahaha. Tapi aku beranikan diri sebab sekali seumur hidup kan lagipun aku tak pernah buat benda benda ni semua, haha. Time nak naik benda ni macam macam ragam aku tengok ,ada yang menjerit jerit, ada yang pengsan, ada yang menangis, ada yang takut, ada yang terlebih semangat, ada yang ketawa sorang sorang.Yang penting semua enjoyy dengan aktiviti ni bebeh !




BERKAYAK DAN BERAKIT 

Aku paling suka aktiviti ni sebab dulu masa sekolah pernah jugak aku buat benda ni. Memang best kawan kawan ! Kiteorang buat aktiviti ni dekat KUIS Bangi sebab tasik kat bangi cikgu cakap bersih, diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan selamat digunakan. haha cikgu overr. Tapi memang best pun tasik dia besar gila puas jugaklah kiterorang bekayak, hehe.

KAWAD KAKI 


Wahhhh seksanya kawad kaki ni, boleh dikatakan hampir setiap hari pukul 230 sampai 430 petang kteorang kena berlatih kawad dekat padang kawad tengah tengah panas terik, walaweh peant gila, panas pulak tu. Kawad kaki ni nak bagitau awal awal mental fizikal kena siap sedia,  sebab kalau  salah sikit je mesti kena marah lepastu kalau sorang salah semua kena denda. haha. cikgu jahat. overr.

18 OKTOBER 2011 bermula lah pertandingan kawad antara company Alpha dan Bravo. Paling best aku kena bagi command untuk wira company Bravo, haha. memang kelakar lah sebab aku banyak jugak buat silap. Walaupun aku cuma jerit jerit tapi penat woo tekak sakit, halkum melecet overr. haha. Malangnya company Bravo kalah dapat naib juara je, budak budak semua sedih dan down sebab diaorang penat berlatih tapi kalah. Tapi cikgu cikgu bagi semangat dekat kteorang, cikgu cakap menang kalah adat pertandingan sebabkiteorang semua dah berusaha kuat tapi tak ada rezeki kan? Saya setuju cikgu ! overr

KEMBARA HALANGAN


Aktiviti ni boleh tahan susah jugak, untuk kaum wira kiteorang kena menempuh 9 halangan untuk wirawati pulak kena tempuh 7 halangan, tak aci :(. Antara halangan yang kena tempuh tembok batu 9 kaki, tembok batu 12 kaki, menyiarap dekat pasir, masuk terowong , banyak lagi lah aku lupa apa nama dia. overr lupa.
Tapi first first aku main, aku jatuh dua kali time main gayut gayut, aku lupa apa nama dia. Memang basah kuyup lah bila aku jatuh, yelah badan aku berat mana na tahan bila gayut gayut, haha overr.

Maka pertandingan kembara halangan pun bermula, cikgu suruh pilih 40 orang wira, wirawati pulak seramai 30 orang. Maka awal awal lagi aku dah cakap nak tarik diri sebab dah serik jatuh time gayut gayut, takut aku buat company aku kalah, haha. Maka setelah selesai pertandingan ni, company Bravo pun diumumkan menang, yeayy !!! gembiranya kami. haha. overr

KHIDMAT KOMUNITI 


Aku ingatkan khidmat komuniti ni macam lawat rumah orang tua ke, rumah anak yatim, tadika rupa rupanya tahun ni dia buat lain sikit. diorang buat kerja amal membersihkan kampung kampung dan lawatan kat penjara sugai buloh. haha , paling best bila aku dapat tahu aku tak payah bersihkan kampung tapi kena ikut lawatan pergi penjara sg buloh, mai aih lagilah happy ! haha. Tapi aku ingatkan lawatan pergi penjara sg buloh tu boleh tengok banduan dalam penjara, tapi sayang kiteorang kena dengar ceramah yang panjang panjang, then ada sikit lakonan dari banduan banduan penjara, lakonan diorang memang mantap, sampai ramai yang menangis. hehe. Tapi agak bosan sikit lah aku rasa , hehe.

 Kesiannya kena cabut cabut rumput, hehe :P

Boleh lagi ambik bgambar time buat kerja, tak bagus ni . haha

 yeah cikgu asam comell :)

 muka muka banduan, hahaha


bosan dengar ceramah, mainlah ambik ambik gambar :D


KELAS MODUL PEMBINAAN KARAKTER, MODUL KENEGARAAN DAN MODUL PKRS :)


Ingat dekat sekolah je ada kelas? dekat PLKN pun ada kelas jugak tapi dekat PLKN lain sikit, dekat PLKN kelas dia tak nafikan agak boring jugak, haha. aku dalam kelas selalu jugak tidur. haha. Tapi kalau korang nak tau kelas dekat PLKN memang unik, benda yang korang tak pernah belajar korang banyak belajar dekat sini contohnya hmm aku dah lupa, overr. Tapi memang best, kita dapat kenal perangai sebenar kawan kita macam mana, kita dapat buat macam macam aktiviti yang pelik, haha. Dapat belajar tentang seks, haha part ni paling best semua terang je mata bila belajar seks, haha. Tapi keseluruhannyya kelas kelas yang diadakan semuanya banyak berikan kita pengajaran yang berguna yang kita boleh bawak dekat luar sana nanti :)

Buku buku yang disediakan :)

SAY NO TO FREE SEX ! overr


KAMI ANAK 1MALAYSIA !

Sebenarnya banyak aktiviti yang aku nak cerita dekat korang, tapi banyak yang aku dah lupa, tapi aktiviti aktiviti dia memang the best, terbaik !! 5 bintang aku bagi, siapa yang tak dapat PLKN ni memang rugi besarr, overr haha.

JURULATIH JURULATIH DI KEM MILLENIUM <3


First first aku masuk kem aku pun dengan slumber nyahh aku panggil jurulatih aku abang dengan akak sebab aku tak tau diorang ni jurulatih, diorang ade jugak senyum senyum bila ak aku panggil abang akak tapi bila dah diperkenalkan baru lah aku tau jurulatih jurulatih semua ni cikgu kami, hehe. Cikgu cikgu kitaorang semuanya baik baik, best best, sporting sporting, gila gila, ada jugak yang tegas tapi tegas diorang tegas yang membina bukan tujuan untuk marah kiterong semua, hehe. Yang penting kami warga kem millenium memang sayang cikgu kami ! diorang memang terbaik ! I love you teacherssssssss <3 !

                         cikgu fida, cikgu asma, cikgu ya, cikgu huda, cikgu mas, cikgu bie, cikgu sara <3

 cikgu ina, cikgu geeee <3

 My love mentor and daddy, cikgu supian <3

 cikgu achik <3

cikgu iram, cikgu siti, cikgu mad <3

 cikgu aziz <3

 cikgu yus, cikgu supian, cikgu ina, cikgu samsudin <3

cikgu atie <3

cikgu kegemaran ramai, cikgu fiq <3

WE LOVE YOU CIKGU <3




MY LAST DAY IN PLKN :'( 


Bila cakap pasal hari terakhir ni aku memang sedih sangat sangat sebab banyak cerita pahit yang aku tak boleh lupa sampai bila bila.

Aku tak sempat nak habiskan hari hari aku dekat PLKN, sebab apa? sebab aku dapat tawaran study dekat UiTM, aku dapat surat pelepasan balik pada pada 20 November 2011 . sebenarnya tarikh mendaftar tu 16 November tapi aku minta tangguh sekejap sebab aku seronok ada dekat dalam kem ni.

Uwaaaa sedihnyaaa bila nak berpisah dengan kawan kawan aku, cikgu cikgu aku yang aku sayang, memang aku menangis gila gila punya time nak berpisah tu. Paling aku terharu ada jugak kawan kawan aku yang menangis time aku nak balik, ramai jugaklah. aku sayng diorang semua, sumpah aku rindu kawan kawan aku, cikgu cikgu aku. Tapi malam sebelum aku nak balik tu adelah adegan baling tepung , telur,  diorang angkat aku masuk kolam, haha memang seronoklah, nasib baik tak kena bogel, kalau kena bogel hilang teruna aku, overrr. haha. Ada yang siap rakam adegan aku kena campak dalam kolam tapi aku lupa nak mintak gambar gambar aku kena baling tepung dekat kawan. hehe, so tak boleh lah aku upload hehe.

20 November 2011, Aku pun bangunlah pukul 4pagi nak packing barang barang nak balik rumah, excited ni dalam masa yang sama sedih jugak, dah bangun tu tiba tiba handphone aku pulak hilang, DAMN ! uwaaaa handphone tu banya gambar kenangan aku dekat PLKN.  Kalau nak ambik ambik jelah handphone sim and memory card kau bagi balik. uwaaaa sedihnyaa aku, aku mintak mintak siapa yang ambik tu selamat, tak terjadi apa apa dekat dia, maybe dia terdesak nak pakai duit jadi dia pun curi handphone orang,  takpe kira halal lah tu kawan :). Maka tepat pukul 2 petang abang aku sampai depan kem nak jemput aku, time tu mulalah adegan peluk memeluk, cium mencium gambar menggambar depan surau . sedihnyaa nak tinggalkan diorang semua, iyalah aku ketua kan, banyak kenangan aku dengan diorang semua. Aku pun menangislah dari kem sampai rumah, haha over kan? :P

Sebenarnya ada banyak kisah yang aku nak cerita dekat sini, tapi aku taknak cerita lagi sebab aku taknak ingat balik benda ni, nasi dah menjadi bubur kan? dah tak boleh nak buat apa lagi, sabar je hareez :'(

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI8 KUMP3 2011.


1 DISEMBER 2011, Walaupun aku dah habis PLKN tapi aku tetap dijemput datang jugak untuk memeriahkan majlis, haha. Sedihnya bila dapat tengok semua kawan kawan aku buat majlis penutupan di padang kawad, aku duduk je bawah khemah sebagai tetamu jemputan, lagilah sedihh sebagai tetamu jeee, bencinyaa. Pagi pagi tu ada acara kawad formasi, TTS(tempur tanpa senjata). memang best lah, meremang jugak bulu roma aku tengok diorang buat persembahan.





Pastu tengah sedap sedap duduk, tiba tiba nama aku dipanggil sebagai PELATIH WIRA TERBAIK  amboi! lagilah terkejut, tak takde angin ribut dipilih jadi wira terbaik. uinaaa memang speechless time tu, kaku, terkejut nyaahh ! So aku pun ambik trofi kemenangan dari tuan commanden dengan hati yang terkejut dan tak sangka.
oh yeah bebeh !

Lepas selesai je majlis penutupan, ada acara persembahan kebudayaan dari wira wirawati millenium, ada tarian Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak dan macam macam lagi lagilah, bestnyaa kau tengok kawan kawan aku menari sakan, aku kat bawah sedih je hati, yelah aku memang minat menari tapi takde rezeki kan nak tunjukkan bakat, haha.  tapi aku enjoy jugak tengok diorang menari.

Penari penari over dari sabah, hahaha


Maka habislah acara penutupan kumpulan 3 siri 8 tahun 2011 di kem millenium, secara rasminya tamatlah sudah hikayat kami sebagai pelatih PLKN. Kalau korang nak tau memang best PLKN ni, siapa yang tak dapat memang rugi besarr, jadi kepada yang masih beumur 17 tahun ke bawah tu doa doakan lah supaya dapat join PLKN ni, bestt dikk macam macam pengalaman korang dapat, dari yang bestttt hinggalah tak bestt, tapi tu semua pengalaman kan? memang susah nak cari. Kepada sesiapa yang berbadan besar mohon mohonlah supaya dapat join program ni, kalau nak tau dulu mula mula datang, berat aku 98kg sampai je rumah jadi 86kg, awesome kan? overr haha. Paling best jugak, dapat elaun dik RM450 tu, siapa nak bagi, dapat sijil lagi, dapat kawan kawan baru, fuhh memang terbaik lah PLKN !